Final Exam Countdown

Saturday, April 11, 2009

Semoga Berjaya buat semua mahasiswa USM Kampus Kejuruteraan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, para keluarganya dan para sahabatnya


Assalamualaikum wbt ...

Di kesempatan ini, Exco Akademik PMI USMKKj, ingin mengucapkan SEMOGA BERJAYA buat semua mahasiswa yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Berusahalah,Berdoalah, dan Bertawakalah kepada ALLAH agar, kita akan dikurniakan kejayaan kepada kita, jika izin ALLAH itu akan memberi 1001 hikmah terbaik buat kita.

Ya ALLAH, Ya Tuhan kami, berikanlah kejayaan kepada kami. Kejayaan Kepada umat Islam, kejayaan di dunia dan di akhirat kepada kami.Ya ALLAH, jika kami dikurniakan kejayaan, Engkau lindungilah hati-hati kami dari perasaan takbur dan riak. Dan jika kami dikurniakan kegagalan, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami dengan tanggapan-tanggapan buruk. Sesungguhnya perancangan Engkau itulah sebaik-baik perancangan kepada kami. Engkau tunjukkanlah hikmah-hikmah kebesaran Engkau, Ya ALLAH, ya tuhan kami. Makbulkanlah doa-doa kami ini. Amin


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kami dari pihak Exco Akademik juga, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada semua warga kampus, yang menyokong kami, secara langsung dan secara tidak langsung. Halalkan makan dan minum kami.

Semoga Berjaya Semua!!!

Sunday, March 22, 2009

Kelas IFE

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam Keatas Junjungan Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum wbt ...

Kepada adik-adik first year sekelian. Kami daripada pihak Exco Akademik PMI, memohon ribuan maaf atas, kegagalan kami untuk mengadakan 2 kelas IFE sebelum ini. Di atas, sebab-sebab tertentu, 2 kelas tersebut terpaksa dibatalkan pada minit-minit yg terakhir.

Sehubungan dengan itu, kami akan mencuba sedaya upaya kami untuk mengadakan baki 2 kelas IFE yang akan datang. Berikut adalah butiran bagi kelas tersebut:


Tarikh : 25 Mac 2009
Masa : 5.00 - 6.15 ptg
Tempat : Bilik MEK1
Subjek : Math 2



Tarikh : 1 April 2009
Masa : 3.00 - 5.00 ptg
Tempat : DK6
Subjek : Techno E
Pensyarah : Dr. Ashidi

Pesanan dr Dr. Ashidi : Sila siapkan pass year techno e 07/08
Pass year Techno E -->
http://eprints.usm.my/3390/1/EEU_104_-_TEKNOLOGI_ELEKTRIK_APRIL_08.pdf

Diharap, semua adik2 sekelian akan terus menyokong kami.
Sekian terima kasih.

Thursday, March 5, 2009

Pengumuman untuk Kumpulan "Smart Group"

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt

Perhatian kepada semua naqib dan naqibah, set soalan 2,3 dan 4 beserta dengan jawapan bagi subjek Math Eng 2 dan Tech Electric untuk kumpulan Smart Group telahpun siap dan berada dalam simpanan exco akademik. Set soalan tersebut sepatutnya sudahpun diedarkan kepada setiap naqib dan naqibah untuk diedarkan kepada adik usrah masing2 tetapi terdapat sedikit masalah yang menyebabkan kami tidak dapat mengedarkan set2 soalan tersebut dan exco kami meminta maaf diatas sebab2 tersebut. Oleh kerana itu kami ingin meminta jasa baik daripada setiap naqib dan naqibah untuk mengambil set2 soalan tersebut daripda kami untuk diedarkan kepada adik usrah masing2.Bagi wakil muslimin set soalan tersebut boleh diambil daripada saudara Naufal (Kimia 2) dan bagi wakil muslimat set tersebut boleh diambil daripada saudari Raihana(Kimia 2). Kerjasama daripada setiap naqib/naqibah amatlah kami harapkan dalam usaha kita untuk membantu adik2 dalam akademik mereka.



Kepada adik2 tahun satu yang tidak terlibat dengan kumpulan usrah ataupun kumpulan akrab yang ingin mendapatkan set2 soalan tersebut bolehlah mendapatkannya daripada wakil yang telah disebutkan diatas.

Semoga usaha yang kecil dari kita ini mendapat keberkatan disisi-Nya,insyaAllah.
Sebarang pertanyaan mengenai SMART GROUP bolehlah diajukan disini.Wassalam.

Wednesday, March 4, 2009

Monday, February 23, 2009

Kelas IFE kembali lagi menemui anda !!!!!

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya,

Assalamualaikum wbt ...

Kelas Intelect Final Exam (IFE) akan menemui pelajar tahun pertama untuk semester kedua. Pada sem ini, Exco Akademik PMI akan mengadakan kelas untuk subjek Numerical Method & Statistical Engineering, dan subjek Technology Elektrik.

Berikut adalah butir-butir mengenai kelas tersebut ...

Kelas 1 - 11 Mac 2009 - Math (kelas 1) -
Complex Variable

Kelas 2 - 18 Mac 2009 - Techno E (kelas 1) -
Mesh and Nodal Analysis, Thevenin and Norton Theorem, Superposition

Kelas 3 - 25 Mac 2009 - Math (kelas 2) -
Vector Calculus

Kelas 4 - 1 April 2009 - Techno E (kelas 1) -
Inductance,capasitance and Transient analysis

Hari : Setiap hari Rabu
Tempat : Bilik MEK 1, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik
Waktu : 5.00 petang ke 6.15 petang

Kami menjemput semua untuk datang ke kelas ini. Sebarang pertanyaan dan komen, boleh disuarakan di comment post ini.

Sekian terima kasih

Monday, February 9, 2009

Taburan untuk keputusan Final Exam Semester 1

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt

Pada semester lepas, beberapa aktiviti telah dianjurkan oleh exco akademik PMI bagi meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun satu seperti kelas Intelect Final Exam dan kumpulan Smart Group. Sehubungan dengan itu, kami daripada pihak exco akademik ingin menunjukkan taburan keputusan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti2 tersebut. Pelajar ini kebanyakkannya merupakan pelajar yang berada di bawah usrah kumpulan akrab, yang dipimpin oleh ahli-ahli PMI.

Berikut adalah keputusan tersebut : (Updated 9th Feb)


Tahniah kepada pelajar yang berjaya. Bagi mereka yang tidak bernasib baik, masih terdapat peluang untuk memperbaiki diri anda semua kerana pada semester ini juga exco akademik PMI KKj akan mengadakan kelas Intelect Final Exam bagi subjek Technology Electric dan Math Eng 2 yang dijangkakan akan bermula diawal bulan tiga nanti,malah kami juga telah menyediakan soalan2 bagi kumpulan Smart Group untuk setiap minggu dimana soalan2 yang kami sediakan itu adalah berdasarkan apa yang dipelajari oleh pelajar2 tahun satu bagi minggu tersebut. Diharapkan dengan usaha kecil daripada kami ini dapat membantu adik2 dalam mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan nanti. Akhir kata dari kami, banyakkan berdoa kepada Allah, dan berusahalah bersungguh-sungguh, insyaAllah dengan izinNya adik2 akan beroleh kejayaan didunia mahupun diakhirat kelak..wassalam